page-header-img

Braces Gigi di Pasir Gudang, Kota Masai & Johor Bahru

Kaunter penyambut tetamu Klinik Gigi Dentalwise Care

Memakai pendakap gigi atau braces kini semakin popular, terutama dalam kalangan remaja. Pada asasnya, braces bertujuan memperbetulkan kedudukan gigi, namun ia juga dilihat sebagai satu fesyen. Ramai yang mencari “braces murah”, tetapi harga sahaja tidak sepatutnya menjadi satu-satunya pertimbangan. Pemasangan braces tanpa pemeriksaan dan pemantauan doktor gigi boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan gigi dan gusi. Dentalwise Care menyediakan pelbagai pilihan pakej braces di Pasir Gudang, Kota Masai dan Johor Bahru.

Adakah braces untuk tujuan kecantikan semata-mata?

Pendakap gigi ialah alat yang digunakan untuk memperbaiki kedudukan gigi. Bergantung pada kes, ia juga digunakan bagi membetulkan masalah gigitan seperti crossbite, gigitan terbuka, gigitan mendalam dan keadaan rahang. Keadaan sebegini boleh memberi kesan kepada pengunyahan dan pertuturan. Penilaian doktor gigi diperlukan untuk menentukan kesesuaian rawatan.

Jenis-jenis braces

Secara umumnya, terdapat beberapa jenis braces:

• Metal braces (conventional braces)
• Clear ceramic braces
• Self-ligating braces
• Damon braces

Metal braces atau pendakap gigi logam antara jenis yang popular dalam kalangan remaja. Braces jenis ini disertakan dengan elastik berwarna (gelang getah) yang menjadi daya tarikan kepada ramai pengguna. Di Dentalwise Care, pilihan yang tersedia termasuk conventional braces (metal braces), self-ligating braces dan ceramic self-ligating braces, tertakluk pada penilaian doktor gigi.

Perlukah rawatan ortodontik?

Rupa dan kecantikan ialah sesuatu yang subjektif. Keperluan rawatan ortodontik berbeza mengikut kes, daripada yang ringan hingga yang lebih kompleks, dan tidak semua kes memerlukan rawatan. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nasihat dan pertimbangan yang teliti daripada doktor gigi sebelum membuat keputusan. Pemeriksaan yang teliti membantu merancang rawatan yang sesuai dengan keadaan anda.

Anda boleh memilih klinik yang berdekatan untuk membuat temujanji supaya lebih mudah dari segi perjalanan dan kos. Dentalwise Care di Taman Rinting, Masai ialah salah satu pilihan bagi anda yang mencari klinik gigi di Pasir Gudang dan Johor Bahru. Lihat juga promosi braces semasa.

Lokasi Klinik

Dentalwise Care Taman Rinting: Ground Floor & Level 1, No 11 & 11-01, Jalan Keruing 1, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor, bertentangan dengan MYDIN Taman Rinting Masai. Kami juga mempunyai cawangan di Damansara Aliff dan Taman Perling, Skudai. Lihat juga klinik gigi Kota Masai & Pasir Gudang.

Untuk pertanyaan dan temujanji, WhatsApp kami di 014-614 5280.

Perlu penilaian klinikal terlebih dahulu untuk menentukan kesesuaian rawatan. Keputusan rawatan mungkin berbeza mengikut keadaan individu. Terma & syarat dikenakan.

Comments are closed.