
Veneer gigi ialah satu prosedur kosmetik yang boleh menjadi pilihan bagi individu yang ingin memperbaiki penampilan senyuman. Ramai yang mencari veneer murah Johor Bahru dan Pasir Gudang, namun harga sahaja tidak sepatutnya menjadi satu-satunya pertimbangan. Dentalwise Care menyediakan rawatan veneer di Taman Rinting, Masai, untuk penduduk Pasir Gudang, Kota Masai dan Johor Bahru.
Apakah itu veneer gigi?
Veneer pergigian ialah selapis nipis bahan restorasi yang dilekatkan pada permukaan hadapan gigi. Ia merupakan pendekatan yang konservatif untuk memperbaiki penampilan gigi atau melindungi permukaan gigi yang telah rosak. Veneer juga semakin menjadi trend, termasuk dalam kalangan golongan muda. Pastikan rawatan veneer dilakukan oleh doktor gigi selepas pemeriksaan klinikal, kerana rawatan yang dilakukan oleh individu tanpa kelayakan pergigian boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan gigi.
Jenis bahan veneer
Terdapat dua jenis bahan pergigian yang biasa digunakan untuk membuat veneer:
• Composite veneer – dibuat terus pada permukaan gigi di dalam klinik.
• Porcelain veneer – dibuat oleh juruteknologi pergigian di makmal pergigian.
Kelebihan veneer
Veneer ialah rawatan yang konservatif terhadap tisu gigi. Kebiasaannya hanya pengurangan lebih kurang 0.5 mm pada lapisan enamel diperlukan, dan prosedur ini lazimnya tidak memerlukan bius setempat (bergantung pada kes). Porcelain veneer diperbuat daripada bahan seramik yang bersifat seperti kaca dan boleh kelihatan menyerupai gigi asli apabila dilekatkan pada permukaan gigi.
Perkara yang perlu diketahui
Seperti prosedur lain, veneer mempunyai had dan risiko, antaranya:
• Gigi yang dipasang veneer boleh kelihatan agak besar jika pengurangan lapisan enamel tidak mencukupi semasa penyediaan gigi.
• Sensitiviti selepas rawatan dan kematian tisu pulpa boleh berlaku jika penyediaan gigi terlalu dalam pada lapisan dentin.
• Lebihan simen atau porcelain boleh berlaku jika perapian tidak disempurnakan.
• Veneer boleh tertanggal jika ia tidak disimenkan dengan betul atau jika dipadankan pada lapisan dentin.
Oleh itu, penilaian dan perancangan oleh doktor gigi adalah penting. Lihat juga maklumat veneer dan promosi semasa.
Lokasi Klinik
Dentalwise Care Taman Rinting: Ground Floor & Level 1, No 11 & 11-01, Jalan Keruing 1, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor, bertentangan dengan MYDIN Taman Rinting Masai. Kami juga mempunyai cawangan di Damansara Aliff dan Taman Perling, Skudai. Lihat juga klinik gigi Kota Masai & Pasir Gudang.
Untuk pertanyaan dan temujanji, WhatsApp kami di 014-614 5280.
Perlu penilaian klinikal terlebih dahulu untuk menentukan kesesuaian rawatan. Keputusan rawatan mungkin berbeza mengikut keadaan individu. Terma & syarat dikenakan.

Previous Post