Klinik Veneer Gigi Murah Johor Bahru (JB)
Anda tidak yakin untuk berbual dengan individu lain kerana berasakan gigi anda tidak cantik? Veneer gigi merupakan prosedur boleh membantu untuk mengembalikan keyakinan diri anda. Lebih-lebih lagi untuk individu yang mengalami gigi pecah, patah, jarang dan kuning. Tolak tepi dahulu harga veneer gigi kerana jika anda tahu betapa ajaibnya rupa anda selepas membuat rawatan ini, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk keluarkan duit. Namun ada yang masih mencari veneer murah johor bahru dan Pasir Gudang ?? pastinya klinik gigi , Dentalwise Care pilihan yang tepat untuk anda.
VENEER pergigian adalah selapisan nipis bahan restorasi yang dilekatkan kepada permukaan hadapan gigi. Ia adalah satu cara yang konservatif untuk memperbaiki, mencantikkan gigi atau melindungi permukaan gigi yang telah rosak. Kini veneer juga menjadi trend sehingga wujudnya fake veneer yang menjadi pilihan utama golongan muda kerana harganya lebih murah.
Terdapat dua jenis bahan pergigian yang digunakan untuk membuat veneer, iaitu bahan tampalan komposit dan porselin pergigian. Composite veneer dibuat secara terus kepada permukaan gigi di dalam klinik, sementara porcelain veneer di buat oleh juruteknologi pergigian di makmal pergigian.
Contoh hasil fake dentist @ fake veneer yang manjadi pilihan utama golongan remaja kini untuk mendapatkan veneer murah :
Fake veneer @ veneer murah
Kelebihan veneer aadalah rawatan yang konservatif terhadap tisu pergigian. Hanya pengurangan sebanyak 0.5 mm pada lapisan enamel diperlukan dan prosedur ini kebiasaannya tidak memerlukan sebarang penggunaan ubat bius setempat. Porcelain Veneer diperbuat daripada bahan seramik yang bersifat seperti kaca dan ia kelihatan seakan-akan gigi asli. Setelah dilekatkan pada permukaan gigi, restorasi venir akan kelihatan seperti gigi asli. Pesakit akan dapat memberikan senyuman baru yang cantik dan menarik.
Kekurangan:
- Gigi yang dipasang dengan veneer boleh kelihatan agak besar jika pengurangan lapisan enamel tidak mencukupi semasa penyediaan gigi
- Sensitiviti selepas rawatan dan kematian tisu pulpa boleh berlaku jika penyediaan gigi terlalu dalam pada lapisan dentin.
- Kelebihan simen atau porcelain boleh berlaku jika perapian tidak disempurnakan oleh doktor pergigian
- Venir boleh tertanggal jika ia tidak disimenkan dengan betul atau jika venir dipadankan pada lapisan dentin
Untuk sebarang pertanyan/keterangan lebih lanjut dan tetapan temujanji, kami mengalu-alukan puan/tuan untuk terus hubungi kami di talian 014-6445280 Mon-Sun 9:00am – 9:00pm. Lokasi kami di No 11-01 Jalan Keruing 1 , Taman Rinting, johor bahru